Entry kali ini aku lebih bersikap “lantaklah” untuk meluahkan sesuatu..bukan berniat untuk menarik perhatian atau mencari sedikit belas kasihan seperti seekor kucing betina yang menggesel-geselkan badan dikaki lelaki-lelaki kat kedai-kedai makan untuk mendapatkan sedikit makanan…
Aku tak tahu kenapa semakin lama aku hidup kat sini,tempat aku belajar..aku jadi semakin sensitive sekarang,kalah pompuan kena period pain (sometimes)..in term of perasaan aku sendiri..mungkin masyarakat kat sini tahu & kenal aku sebagai seorang yang happy go lucky,banyak mulut, mulut lepas,a bit sosial & macam-macam lagi la..
Sikap keterbukaan aku ni menyebabkan mereka rasa aku ni seakan-akan tidak punya hati & perasaan..Betul,aku seorang yang kalau aku rasa aku nak cakap,aku akan cakap lepas je..takde de nak tapis-tapis cakap..example:
”kau gemox cam tong drum!”
“muka ko cam shiaalll!”
“mulut ko cam longkang belakang rumah aku doh!”
“perangai ko cam lahanat!”
Tapi aku sekarang dah start nak mula berfikir dulu sebelum melontarkan vocal aku..fikir perasaan orang sikit la..bukan cuba menjadi plastik,tapi cuba menjadi lebih baik..insyaallah..
Kenapa aku tiba-tiba rasa camni? Sebab aku mula dapat merasai perasaan orang-orang yang menjadi mangsa mulut aku yang “jahad” ni..Sumpah!aku terkilan & sentap dengan persepsi sesetengah kawan aku sendiri..bila mula bercerita tentang masalah sosial..lelaki itu,lelaki ini,yang lebih kepada keburukan..tanpa segan silu,nama & watak aku terpacul sebagai watak kepada perwatakan yang tidak elok itu..Aku terasa hati sangat tapi aku tak pernah tunjuk yang aku terasa..aku still boleh senyum,gelak tawa..aku sedapkan hati sendiri “oo,mereka bergurau nih”..takpe..aku sabar..
Beralih kepada dugaan paling “dassaaat” tuk aku..bila golongan pendidik,lebih khusus iaitu pensyarah sendiri acap kali menjadikan aku sebagai mangsa “gurauan” mereka kaedahnya..”pada masa kini,masalah itu masalah ini,perempuan perlu mencari lelaki yang melindungi & beriman..Oo,kalau FARRID tak boleh,tak boleh!”..diiringi gelak tawa yang annoying..Fuhhh!Bisa!Banyak lagi yang berlaku,tapi cukuplah sekadar satu contoh,cukup membuat aku “berkecil” hati..Perbincangan mengenai GENDER, aku juga pasti 100% aku menjadi “kambing hitam” dalam menjadi pelakon utama dalam isu ini.aku dapat rasakan mak aku mesti sedih bila orang lain hina & sentiasa negative terhadap anak dia sorang nih..aku tahu aku ni nampak jahad,nakal,sosial,tak beradab,tak alim macam orang lain..
macamlah mereka tak penah tengok Buletin Utama,seorang imam didakwa kerana merogol anak muridnya..cum on la!dont judge sumone by look..!tapi..aku kena sedar gak,kalau aku lebih “bersopan” sikit maybe aku “bebas” dari benda ni semua..aku sendiri yang mengundang “virus” itu..so,after this NO MORE! tight jeans,tight shirt,gelang sana sini,rambut cacak cicak confirm maut,cincin-cincin jangan pakai..kena belajar pakai baju saiz XXL, jeans saiz 35 paling cia..insyallaah la..
Maybe aku kena terima,what goes around comes around..aku bersabar,aku kena berubah..dah sampai umur aku untuk mula lebih bersikap lebih “sensitif” dengan other people’s feeling..Oraite..
Sila jangan merusuh,ini hanya pendapat aku~
0 orang berkata-kata:
Post a Comment