Kanak-kanak tersebut panjang akalnya mengenai dunia semasa,jaguh disekolahnya menjadi anak kesayangan kepada gurunya serta kebanggaan mak dan ayahnya, idola buat adik-adikknya (ok dah lebih) . Kanak-kanak tersebut mungkin dilihat sempurna dari beberapa aspek tetapi kanak-kanak tetap berfikiran seperti kanak-kanak.(ok terlebih lagi)
Fikiran masih kerdil namun jiwa kanak-kanak itu membesar sebesar taman tasik titiwangsa membuatkan fikirannya melayang apabila melihat kelibat seimbas lalu seorang LELAKI JAGUH BERKUDA didada akhbar buat pertama kalinya .
Minatnya pada LELAKI JAGUH BERKUDA tercetus pabila Guru mata pelajaran Bahasa Melayu mengarahkan pelajar mengumpulkan keratan akhbar mengenai kejayaan Malaysia dalam arena SUKAN SEA pada tahun tersebut tetapi..tetapi apa yang dikumpulkan oleh kanak-kanak tersebut hanyalah keratan gambar LELAKI JAGUH BERKUDA yang menjadi pujaan hatinya sepanjang tahun tersebut. Habis semua gambar Lelaki jaguh berkuda tersebut disisipkan dalam fail akademik sebagai motivasi kononnya.
Tugasan guru selesai, minat terhadap lelaki Jaguh berkuda makin bercambah sehingga kanak-kanak sanggup mengubah cita-cita dari seorang guru kepada kanak-kanak wanita jaguh berkuda kerna tahap kesukaan kepada lelaki jaguh berkuda semakin memuncak.. Sanggup kan Kanak-kanak tersebut...Hingga kini apabila terimbas kembali zaman kanak-kanak tersebut pasti mengundang memori indah padanya..sebuah kisah dari masa lalunya..
rajah 1.1 LELAKI JAGUH BERKUDA pujaan hati KANAK-KANAK
gambar hasil dri fb

0 orang berkata-kata:
Post a Comment