Saturday, March 5, 2011

malas nak cakap banyak...

malas nak cakap banyak..
terutama dengan orang yang takut kalah..
tokok tambah penyedap cerita ..
tak perasan ke dah downkan air muka...

malas nak cakap banyak..
dengan orang yang banyak tahu semua..
dengar sahaja jangan membantahnya..
dia yang tahu kita dengar ja...

malas nak cakap banyak..
umur makin meningkat layankan ja..
baik mendengar dari bercerita..
kelak persahabatan kita binasa...

malas nak cakap banyak..
banyak mendengar bukan kita otak takda..
banyak berfikir benda lain lagi bermakna..
beri pendapat bila ditanya..
jangan sedih bila pendapat tak diterima..
biasalah manusia nak dengar apa yang nak mereka nak dengar sahaja...

malas nak cakap banyak..
banyak menipu bukan sengaja...
tetapi untuk menjaga hati semua...
kadang kala temberang pecah secara tak sengaja...
mintak maaflah semua diri manusia biasa...

andai terasa harap dimaafkan..
bukan menunding sekadar berpesan-pesan..
ni bukan luahan perasaan ...
sekadar menulis yang terlintas difikiran..
sama-sama kita renungkan...


 
design by suckmylolly.com