Thursday, November 3, 2011

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W.





Sahabat-sahabatku sekalian, Pesuruh Allah yang paling kita cintai, Nabi Muhammad S. A. W telah pun meninggalkan kita. Alangkah beruntungnya hamba-hamba Allah, Assabiqunal Awwalun yang pernah bertemu dan berjuang bersama-sama dengan baginda,serta para Anbia sekeliannya.. saya tahu, jauh di sudut hati setiap mukmin dan mukminah pasti tersimpan rasa yang peri hebat dan dalamnya untuk bertemu, bersua dengan baginda, melangkah bersama baginda, bertanya dan mengadu pelbagai kemusykilan, dan kegersangan hati untuk diluahkan kepada baginda. Sungguh, kami rindu, kami kepingin untuk bertemumu wahai kekasih Allah...

Sahabat-sahabat seimanku, Rasulullah S.A.W tidak pergi begitu sahaja meninggalkan kita terkapai-kapai tanpa arah tujuan dan pegangan utuh. Setiap kita pasti sedia maklum bahawa Rasulullah S.A.W meninggalkan naskhah yang amat bernilai, itulah Kalamullah serta sunnahnya yang menjadi rujukan dan teladan utk kita semua umatnya.

Selawat dan salam ke atas Rasul junjungan... semoga kita semua sentiasa membasahi bibir dengan selawat serta zikrullah..

Rakan-rakan muslimin dan muslimatku.. Seringkali diri ini alpa dan jauh tersasar dari landasan syariah yang telah ditetapkan dalam agama. setiap hari, langkah demi langkah, diri ini makin keliru, leka dengan keindahan duniawi yang sementara cuma.. sehingga kadang-kadang diri ini tertanya, apa tujuan hidupku ini sebenarnya? apa yang aku kejar sebenarnya? lalu baru kusedari, bahawa diri ini semakin hari, semakin jauh......jauh......jauh daripada yang hak, jauh dripada yang maha Agung, Allahu Rabbi...

sahabat-sahabat penyeri hidupku... Kita melangkah bersama, belajar bersama, berkongsi gembira dan duka bersama...indahnya jika kita dapat masuk syurga bersama-sama... sahabat kesayanganku, pimpinlah tanganku, ingatkan lah aku, bimbinglah aku jika aku tersasar, kuatkan aku... marilah kita sama-sama mengejar kasihNya, rahmatNya...insyaAllah...

Di bawah ini merupakan isi-isi, peringatan, dan wasiat yang disampaikan dalam khutbah terakhir Rasulullah S.A.W.. marilah kita hayati dan aplikasi bersama wahai sahabat-sahabat penyeri jiwaku sekalian....


Khutbah Rasulullah S.A.W ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijriyah kepada 124000 umat Islam di Lembah Uranah, Padang Arafah


Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendakku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kalian semua selepas tahun ini. Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini, dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanah kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.

Janganlah sakiti sesiapa pun, agar orang lain tidak menyakiti kamu pula.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu, dan dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba' di batalkan mulai sekarang.

Berwaspada lah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu
. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara perkara besar, maka berjaga jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara perkara kecil.


Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang tidak kamu sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.


Wahai manusia dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini,sembahlah ALLAH, dirikan sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan,dan tunaikan zakat dan harta kekayaan kamu, kerjakan ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak ada seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan Beramal Soleh.


Ingatlah, bahawa kamu akan mengadap ALLAH pada suatu hari untuk di pertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi dan Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu.


Sesunguhnya, aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikut kedua keduanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya, itulah Al-Quran dan Sunnahku
. Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikannya kepada orang lain, dan hendaklah orang lain itu menyampaikan pula kepada yang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang mendengar terus dariku.

Saksikan ya-ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMU kepada hamba-hambaMU


-----------------------------------------------------------------

“Telah bersabda Rasullah s.a.w. Jibrail sentiasa mengharap-harapkan akan menjadi manusia kerana tujuh perkara iaitu, sembahyang yang lima berimam, duduk bersama ulamak-ulamak, menziarah orang sakit, menghantar jenazah, memberi air minum, mendamaikan diantara dua orang bermusuh-musuhan dan memuliakan jiran serta anak-anak yatim. Maka bersungguh-sungguhlah engkau diatas perkara tersebut”.

Telah bersabda Rasullah s.a.w. beramallah engkau dengan lurus hati kerana Allah. Bahawasanya Allah Ta’ala tidak akan menerima melainkan orang yang lurus hatinya. Allah Ta’ala telah berfirman yang bermaksud;

“Barang siapa mengharap untuk berjumpa dengan Tuhanya maka hendaklah dia beramal yang baik dan janganlah mempersekutukan Tuhan dengan apa juga pun”.


sahabat sekalian, akhir sekali, mari hayati video ni...sgt syahdu....

video

0 orang berkata-kata:

 
design by suckmylolly.com