Wednesday, July 20, 2011

Saya HaRus BerSyUkUR..

lamanye tk jOin blOg ni...
tulis skit laa.....

tiba2 tangan ni terasa nak tulis somtink bOut phrase "BERSYUKUR"
tk kisah la cOz setiap insan pasti ade pndapat bile ditanya tentang konsep @ opinion dyOwng bila sebut je perkataan ni.. tpi kt nk sgt ckp kat diri ni supaya harus bersyukur bile disayangi oleh insan2 dalam hidup..

emmm, sewajarnya tiada siapa yg harus disalahkan bile tibe2 ade owg yg tak sengaja muncul dalam hidup kita n said:::::~~~ "saya sayang awak"......lalalala~

nak taw sebab ape???

Surah Al-Baqarah Ayat 216 :

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”


sememangnya, kekadang sesuatu yg kita anggap bukan perkara terbaik dalam perjalanan hidup kita itulah sebenarnya boleh jadi yg terbaik buat kita kan?.....ALLAH KNOWS THE BEST..

ok wateva laa....
nak layan Lagu ni laa sket....

Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela


huhuhuhu.......

Mother Theresa lak pernah berkata2 lebey kurang mcm ni laaa..

" If u Start judging people, u will have no time to love them.... & If we cannot love the person whom we see, how can we love the God, whom we cannot see..."

hikhik2... tu je nak mengarut..
cOp2.. cOp2... b4 nak tido...nah tgOk ni (jumpe time blog walking td.. saje gatal...hahaha)

*
*
*
*

ORANG YANG MENCINTAI KAMU...

*

Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

*

Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

*

Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

*

Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

*

Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘selamat pagi’,'selamat hari minggu’, ‘selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

*

Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak menjemputnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

*

Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingatkan setiap saat yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin saat yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya yang mungkin tidak bisa berulang lagi.

*

Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya.

*

Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu.

*

Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu. Dia bimbang dan peduli tentang kamu.

*

Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan bertanyakan tarikh ujian itu berlangsung dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu. Malahan, dia akan sentiasa mendoakan kamu sepanjang masa ujian kamu itu.

*

Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

*

Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

*

Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

*

Jika suatu saat kamu harus pindah ke tempat lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat kepada kamu supaya pandai bawa diri. Jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, jauh dihati?’

*

Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

*

Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang sengal seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

*

Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

*

Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar. Dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

*

Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar inbox-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

*

Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilangkan diri dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

*

Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan, dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

*

Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.


0 orang berkata-kata:

 
design by suckmylolly.com