Monday, January 17, 2011

#005 ( Naluri kerdil seorang ibu)

Bayangkan tanpa IBU dan AYAH ditakdirkan bertemu,bernikah dan berkasih sayang..

Bayangkan tanpa pengorbana IBU menggadaikan nyawa utuk berjuang melahirkan yang dikandungnya bagi berkongsi bersama keindahan dunia penuh pancaroba....

Bayangkan AYAH dan IBU yang terpaksa berpanas berhujan mencari rezeki halal buat anaknya..

Bayangkan tanpa mereka... pasti kisah hidup kita tidak dapat terlukis indah seperti sekarang.. Allhamdulillah sehingga hari ini kita masih dapat menyedut udara segar,

Menikmati indahnya islam dan manisnya iman,

berkongsi kasih sayang bersama adik-adik tercinta ,

menikmati hijaunya warna daun ,

mengkagumi birunya lautan luas,

manisnya alam percintaan ataupun ,

berkhayal dengan keseronokkan duniawi terutama apabila bermain game TheSims2...

Terima kasih Ya Allah atas nikmat yang dikurniakan pada hambamu ini...

.....

...............

Namun hati tersentuh taktala membaca coretan seorang ibu kepada anakknya walaupun hanya tulisan kaku di dinding facebook salah seorang rakan di alam maya..

suara hati ibu dapat didengari begitu hampir seolah-olah ibu tersebut berada di sisi...

sepi ...

mungkin hanya coretan biasa..tetapi sungguh terkesan,

penuh pengharapan seorang ibu disebalik kepasrahannya...

Tiada siapa perlu dipersalahkan kerana ini jalan hidup yang dipilih mereka sendiri....

Wahai rakan walau dirimu tidak dapat membaca coretan kosong ini ingatlah bahawa suatu masa nanti janganlah kamu bersedih atas pemergiaannya,

janganlah kamu sesali apa yang telah kamu tinggalkan..

cuba perbaikilah apa yang dirasakan tidak benar..

carilah kembali apa yang pernah hilang ..

Sesungguhnya kita semua hanyalah hamba yang khilaf...



kasih ibu bawa kesyurga...kasih ayah sepanjang masa

pic ihsan google


p/s peringatan buat diri cuma....

0 orang berkata-kata:

 
design by suckmylolly.com